Sedapnya bubur pulut hitam yang teman serumah masak hari ini. Sempat jugalah
saya merasanya. Semasa menikmati bubur tersebut, tiba-tiba saya menjadi sebak
kerana teringatkan masakan bubur pulut hitam yang dimasak oleh arwah emak . Memang dia
rajin memasak bermacam-macam jenis bubur. Baik bubur pulut hitam, bubur kacang
hijau, bubur kacang merah, bubur gandum dan lain-lain. Biasanya bubur yang siap
dimasak itu akan disuruhnya hantar ke rumah jiran(sepupu saya) terlebih dahulu
sebelum kami sendiri yang menikmatinya. Alangkah baiknya hati emak. Langsung tidak
lokek khususnya dalam soal makan. Apa-apa yang dimasak sebagai juadah minum
petang pasti akan disuruhnya hantar ke rumah jiran saya. Itu pada hari-hari
biasa. Keadaan akan jadi semakin meriah seaktu bulan puasa. Arwah ayah juga
begitu. Jika waktu telah hampir untuk berbuka puasa, tetapi saya masih belum
menghantar juadah kepada jiran, maka nescaya saya akan terpaksa berlari-lari
juga hantar. Memang arwah ayah dan emak sangat berbudi bahasa dengan orang
lain. Mereka juga langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan. Bahkan, mereka
sendiri berasa sangat puas apabila jirang-jiranmg menikmati apa-apa yang
diberikan oleh mereka. Kini, walaupun mereka telah tiada, budaya tersebut tetap
saya amalkan. Ya, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. “Hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah”.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment