Hari ini saya tiba-tiba terkenangkan hari lahir kakak saya yang baru sahaja
berlalu hampir dua minggu yang lalu. Saya menjadi sedih pula kerana tidak
memberikan apa-apa hadiah kepadanya. Tambah sedih apabila mengingat kembali
akan kemurahan hatinya membelikan hadiah-hadia yang mahal setiap kali
menjelangnya hari lahir saya. Ah, hati saya berbisik yang mungkin tidak ada
apa-apa masalah kerana saya saya masih belajar. Masih belum mampu untuk membelikannya
hadiah. Sejenak hati saya berdetak. Perlukah memberikan hadiah yang mahal
sahaja? Apakah dia tidak senang jika saya memberikannya hadiah yang murah? Bukankah
niat pemberian itu yang lebih perlu untuk diutamakan? Subhanallah, makin menyesal
hati saya. Memang tidak dinafikan, saya ada memberi ucapan pada pagi hari
lahirnya. Saya lihat terdapat segaris senyuman mekar di bibirnya. Memanglah sebagai
kakak, ucapan daripada satu-satunya adik yang dia ada adalah sesuatu yang paling
dirasai. Di sebalik senyuman itu, saya merasakan yang kakak ada mengharapkan
pemberian daripada saya. Tetapi dengan lagak santunnya yang ternyata melebihi
saya, dia langsung tidak berkata apa-apa. Lain benar dengan saya dahulu, sebelum
dia memberi ucapan lagi saya sudah bertanyakan tentang hadiah. Mungkin itulah
perbezaan antara adik dengan kakak. Saya mencongak pula, perlukah kita
memberikan hadiah? Adakah jika tidak memberi hadiah pada hari seseorang
bermaksud kita tidak sayangkannya? Wajarkah
kasih sayang diukur dengan nilai hadiah yang diberi? Ya, masing-masing terletak
pada penilaian diri sendiri. Pada hemat saya, jika tidak memberikan hadiah
tetapi masih memberikannya ucapan yang indah dan bermakna, keadaan itu masih
lagi menggambarkan ingatan kita buatnya. Cuma pemberian hadiah itu sebagai
cenderamata untuk menambahkan lagi keriangan di haitnya.
# Nekad untuk membelikan hadiah hari lahir buat satu-satunya kakak saya walaupun
sudah hampir dua minggu hari lahirnya berlalu. Semoga dia gembira. InsyaAllah.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment