Pasti ramai yang masih ingat pada lagu ini:-
Telefon
berbunyi ring..ring..ring..kuangkat kudengar suara
Telefon
berbunyi ring..ring..ring..kujawab kutanya siapa
Hehehe. Kisah saya pada
hari ini ada kaitan rapat dengan panggilan telefon. Sebenarnya sudah acap kali
juga saya menerima panggilan daripada orang yang tidak saya kenali sepanjang
lebih tujuh tahun menggunakan telefon bimbit. Hari ini, kejadian yang sama berulang
lagi. Kebiasaannya apabila kita ingin mendail nombor seseorang, kita haruslah
mengenali dirinya, iaitu khususnya dari segi nama orang yang ingin dihubungi
itu. Tidaklah terjadi keadaan sebegini:-
(Pemanggil: A)
(Orang yang dihubungi:
B)
B: Hello?
A: Hello, assalamualaikum.
B: Waalaikumussalam. Siapa ini?
A: Awak siapa?
B: Awak mahu cari siapa?
A: Yang menjawab panggilan ini siapa?
B: Awak yang menelefon, jadi awak mesti tahu ini nombor
siapa.
A: Ya, jadi awak siapa?
B: Awak siapa sebenarnya?
……………………….(talian dimatikan)
Mungkin panggilan sebegini sering dilakukan oleh segelintir orang yang
berniat nakal, iaitu untuk mengusik teman-teman atau sebagai salah satu taktik
untuk memikat seseorang(berkenalan). Mungkin juga disebabkan pemanggil ini malu
untuk mengenalkan dirinya terlebih dahulu. Namun, jika benar bertujuan baik,
tidak ada sebab untuk berasa malu. Tambah-tambah jika mempunyai hal penting
untuk disampaikan. Bagi pihak yang dihubungi, keadaan begini pasti menyakitkan
hatinya. Walaupun tidak susah untuk dia memberitahu siapa dirinya, tapi sebagai
orang yang dihubungi, dia pasti mengandaikan pemanggil telah sedia tahu siapa
dirinya.
# Demikianlah, apabila kita yang ingin menghubungi orang lain, maka
wajarlah kita yang memperkenalkan siapa diri kita, bukan kita yang bertanya
siapa diri orang yang kita hubungi itu. Sesungguhnya adab itu ada di mana-mana.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment