Dalam Seminar Wacana Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad yang baru-baru ini diadakan di Perpustakaan Tuanku Bainun, saya tertarik dengan contoh yang dimuatkan di dalam pembentangan Dr. Awang Sariyan(Ketua pengarah DBP), iaitu melibatkan seorang tokoh korporat Melayu. Ucap beliau, tokoh korporat Melayu tersebut pernah berkata "Untuk maju di dalam dunia ini, dua perkara utama yang perlu diambil kira ialah tidak memijak Al-Quran dan tidak memakan khinzir. Hal-hal lain khususnya perihal ketamadunan dan kebahasaan tidak perlu difikirkan". Beginikah contoh ahli korporat yang patut kita sanjung? Perlu diingat bahawa tanpa bahasa, maka tidak wujudlah tamadun. Tanpa tamadun yang berkembang, maka bangsa itu sendiri tidak akan membangun. Di atas tapak sejarah inilah sebenarnya kita hidup dan meraih kemajuan. Tanpa tamadun dan bahasa, masakan dirinya dapat menjadi tokoh korporat berjaya. Semoga kemajuan seiring dengan pemikiran.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada mansuia, dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur lagi membangga diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
Al-Quran (Surah Luqman : 18 & 19)
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment