Tanjong Malim-6 Mac 2012, jam hampir ke pukul 2
petang. Awan makin lincah menurunkan hujan.
Sedang asyik menikmati cendol bersama teman, kami
tersentak.
“Hei, mahu tidur balik rumah la!” -pelanggan(Melayu)
dengan lagak bersahaja lantang menyergah.
Fuh, memang sentap. Peniaga(India) yang tadinya
asyik tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk, terpinga-pinga mendengar
sergahan itu.-saya pasti, mengantuknya tadi lenyap tiba-tiba.
Serta-merta, cendol yang pada mulanya terasa sedap, manis, berlemak, langsung menjadi tawar.
Beginikah caranya untuk menegur? Ya, sekalipun
sekadar bergurau, tidak adakah cara yang lebih sopan?
Memang, terkadang kita rasa diri kita layak menegur.
Tetapi tanpa sedar kitalah yang sepatutnya ditegur.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG
GELAP*
No comments:
Post a Comment