Kampus Baru, Proton City. Sedang saya melangkahkan
kaki untuk menaiki bas, saya sempat mendengar pertanyaan seorang pelajar perempuan
berbangsa cina kepada pemandu bas:-
Pelajar : “Bas ini ke mana?”
Pemandu :
“Kau nak ke mana?” (dengan wajah yang agak sombong)
# Pada hemat saya, wajarlah sekiranya pemandu bas
tersebut bersikap lebih sopan dalam melayan penumpangnya. Lebih bagus jika
soalan yang diajukan itu terus dibalas dengan jawapan yang konkrit. Tidak perlu
merumitkan perkara yang mudah.
(Situasi di atas hanya merupakan salah satu daripada
kebanyakan situasi yang sering dialami oleh para pelajar: rata-ratanya
memperlihatkan keangkuhan pemandu bas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, iaitu
membawa pelajar dari satu destinasi ke satu destinasi)
No comments:
Post a Comment