Hari ini saya sekali lagi berhadapan dengan sikap pemandu bas yang pada hemat saya tidak beradab di jalan raya. Situasinya adalah apabila saya dan seorang teman berjalan dari Pusat Kesihatan UPSI menuju ke Pintu Timur. Ketika hendak menyeberang sebatang jalan, muncul bas UPSI dengan lajunya dan terus membelok ke arah kami yang pada masa itu sangat letih untuk berjalan(tidak sihat). Keadaan mengejutkan itu membuatkan kami berdua terpaksa berlari pantas untuk mengelak. Demikianlah ceteknya kesantunan bahasa pemandu bas tersebut. Bukankah dia boleh memberi
signal atau isyarat untuk membelok terlebih dahulu supaya kami dapat bertindak awal? Tidak bolehkah jika dia membunyikan hon dari jauh? Bukankah untuk berkomunikais itu terdapat pelbagai cara yang mudah mengikut kesesuaian? Atau, dia memang sengaja ingin mengenakan kami? Semoga pemandu bas tersebut diberi pengajaran atas sikapnya yang tidak salah dianggap melampau itu.
#Di dalam kawasan kampus terdapat ramai pelajar. Jangan hanya kerana anda memandu kenderaan besar, anak sengaja menganiaya pejalan-pejalan kaki seperti kami.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT- PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment