Sabtu, 10 Mac ‘12- Seronoknya berhujung minggu. Saya
bersama beberapa orang teman (perempuan dan lelaki) memanfaatkan cuti pada hari
ini dengan bersiar-siar ke ibu kota. Di Hentian Puduraya- sedang asyik
berjalan-jalan, seorang lelaki hampir separuh abad(En. M) menyapa dua orang
sahabat lelakiku, Amir dan Azri(bukan nama sebenar). Oh, ingin meminta rokok
rupa-rupanya. Setelah dihulur rokok yang diminta, tiba-tiba:-
En. M : “Kau
orang Myanmar?”
Amir : “Lagi
sekali? Saya tak dengar.”
En. M : “Kau
orang Myanmar?”
Amir : “Dia
kata kita orang Myanmar, Azri!”
Azri :
“Tak, orang sini.” (lagak bersahaja)
En.
M : “Oh, pak cik minta maaf. Pak cik
ingatkan orang Myanmar tadi, sebab ramai orang Myanmar macam kamu. Kalau tak percaya, cuba
kamu masuk ke dalam(Hentian Pudu). Diorang memang berpakaian
macam kamu(kemeja, jeans dan selipar).”
Wajarkah budi yang ditabur dibalas dengan pertanyaan
yang menyakitkan hati? Walaupun tersinggung dengan pertanyaan dan penjelasan
lelaki dewasa itu, mereka tetap berbual ringkas dengannya. Ya, yang tua perlu
dihormati, yang muda perlu disayangi. Apabila namanya manusia, pasti tidak lari
daripada melakukan kesilapan.
#Buat sahabat-sahabat, tahniah kerana berjaya
mengawal emosi dan bertindak rasional dalam situasi sebentar tadi. Semoga
kalian mampu menjadi pendidik yang berjaya buat diri sendiri dan orang lain juga.
#Buat En. M, adalah lebih manis jika encik tidak
membuat andaian sembarangan dan berfikir dahulu sebelum bertanya. Sebagai
orang tua, encik yang lebih dahulu makan garam daripada kami.
# 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara- 1 Malaysia.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment