Suasana di dalam kelas pada petang tadi agak ceria. Ya, mungkin kerana mood pensyarah yang kelihatan ceria daripada biasa. Kelapangan masa yang ada sempat saya isikan dengan berbual-bual mesra bersama-sama seorang rakan di sebelah. Sedang asyik bersembang-sembang, terkeluar pula dialek utara. Sebenarnya memang kami berdua berasal dari utara, cuma berlainan negeri. Namun, dalam kebanyakan hal, kami sering menggunakan bahasa baku atau tidak menggunakan dialek utara apabila berbual. Sekali-sekala dapat berbual dan berjenaka dengannya menggunakan dialek sendiri(seperti tadi) memang terasa sungguh seronok. kami berdua turut mengenang kembali antara bait-bait ayat yang digunakan jika bermain, bergaduh dan sebagainya. Ah, tidak banyak beza rupa-rupanya walaupun negeri kami berbeza.Teringat pula kepada teman-teman dan semua kenalan di kampung. Demikianlah keadaannya-"hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri."
Alhamdulillah, semoga saya tidak melupakan bahasa/dialek saya. Semoga orang lain juga begitu. =)
# Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment