Hari ini saya ada kelas pada jam
dua petang. Kebiasaannya seperti minggu-minggu yang lepas, saya dan beberapa
orang rakan sekelas akan naik ke kelas lebih awal, iaitu kira-kira sejam
sebelum kelas. Hal ini kerana kami akan berehat sebentar sebelum menunaikan
solat zuhur di kelas itu juga. Keadaan menjadi sebaliknya pula pada hari ini. Tanpa
diduga, saya dan dua orang rakan sekelas dilarang daripada masuk ke kelas. Bukan
dilarang dan dihalang oleh pengawal, sebaliknya oleh tukang cuci kelas
tersebut. Larangannya juga berbaur kemarahan terhadap kami bertiga. Apa yang
menghairankan kami adalah mengapa pekerja tersebut bertindak sedemikian,
sedangkan kami langsung tidak berniat untuk mengganggu kerja-kerjanya di dalam
kelas. Pada minggu-minggu sebelumnya, memang ada seorang tukang cuci lain yang
datang membersihkan kelas kami. Tetapi, tidak pernah pula dia marah, melarang
atau menghalang kami daripada memasuki kelas tersebut lebih awal. Berlainan benar
sikapnya dengan mak cik yang tadi. Kami dilarang memasuki kelas tanpa sebab
yang munasabah. Seperti yang telah dinyatakan, kami langsung tidak berniat untuk mengganggunya membuat kerja-kerja pembersihan kelas. Bahkan kami juga telah memberitahunya bahawa kami akan duduk di dalam sebuah bilik kecil yang lain di dalam kelas itu untuk solat. Dia langsung tidak emnghiraukan alasan kami sehingga kami terpaksa menunggunya habis berkemas. Malangnya, apabila masuk ke dalam kelas tersebut, masih ada lagi sampah-sampah kecil yang tidak dibuangnya. Tindakan Wanita berpangkat mak cik itu ternyata mengecewakan kami.
# Senyuman akan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih menawan walaupun telah berusia.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
# Senyuman akan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih menawan walaupun telah berusia.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment