Perjalanan saya ke kelas pada hari ini menuntut saya untuk
melewati sebuah perhentian baS di kampus baru UPSI. Alangkah terkejutnya, baru
masuk minggu kelima, persekitaran perhentian bas tersebut telah pun kotor
dengan sampah-sarap.Saya berasa hairan kerana kampus baru ini baru sahaja lima minggu digunakan. Tambahan pula, yang menggunakannya ialah insan bergelar MAHASISWA, dan bakal pendidik pula. Beginikah sikap yang akan diajar kepada anak-anak murid mereka kelak, iaitu membuang sampah bukan di tempat yang sepatutnya? Semoga mata dan hati mereka yang bersikap demikian terus dibulat dan disedarkan.
#Jangan kencing berdiri, kelak anak akan kencing berlari.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
#Jangan kencing berdiri, kelak anak akan kencing berlari.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment