Siang tadi, entah kali yang ke
berapa saya naik bas berulang-alik dari rumah ke kelas dan dari kelas ke rumah.
Saya tidak menolak hakikat bahawa rakan-rakan saya yang lain juga begitu.
Kehidupan selama beberapa tahun di bumi Tanjong Malim ini telah memberi
pelbagai pengalaman kepada kami sebagai seorang pelajar. Namun, saya masih
pelik dengan tabiat atau sikap pelajar yang terlalu rakus sewaktu berebut-rebut
menaiki bas. Seolah-olah bas yang mampu memuatkan lebih lima puluh orang
penumpang itu hanya mampu diisi oleh tiga orang pelajar. Paling menyedihkan,
ada juga segelintir pelajar yang sanggup bergaduh gara-gara ingin menaiki bas.
Kejadian pada petang tadi lebih hebat. rakan sekelas saya hampir tersungkur
sewaktu melangkah menaiki tangga kerana ditolak oleh pelajar-pelajar di
belakangnya. Bagi rakan-rakan yang lain pula, rata-rata menaiki bas dalam
keadaan marah-marah. Masakan tidak, beg yang digalas bersama terlekat di
celah-celah badan orang lain, tersangkut di pintu dan sebagainya. Masing-masing
bersikap "bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"-semuanya
tidak mengendahkan kesulitan orang lain.
#Pergi ke kelas beratur, pulang ke rumah berebut-pelik kan?Jika semua orang beratur, keadilan pasti terpelihara.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN AMSYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
#Pergi ke kelas beratur, pulang ke rumah berebut-pelik kan?Jika semua orang beratur, keadilan pasti terpelihara.
*BAHASA MEMBUDAYAKAN AMSYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment