Lidah biawak…ya,
satu simpulan bahasa dalam bahasa Melayu yang sangat keras maksudnya. Simpulan bahasa
ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang suka bercakap secara berbelit-belit. Maksudnya,
pada satu ketika dia bercakap seperti lain. Kemudian pada waktu yang lain, lain
pula yang dicakapkan atau disampaikan. Orang-orang sebegini pasti akan
menimbulkan masalah dan amarah yang tinggi terhadap orang sekelilingnya. Saya terdetik
untuk menulis tentang hal ini kerana saya asyik sahaja berdepan dengan orang yang
bersifat lidah biawak ini. Sungguh, saya berasa sangat susah untuk berurusan
dengan orang sebegini. Pada ketika dia menyuruh atau meminta kita melaksanakan
sesuatu kerja dengan arahan yang tertentu, akhirnya setelah disiapkan, hasil
kerja tersebut dikritiknya pula. Keadaan yang membuatkan seseorang marah kepada
orang-orang begini adalah apabila dia cuba memutar-belit pula apa yang
disampaikan dalam arahan terdahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa dia
seolah-olah cuba menyimpulkan bahawa kitalah yang bersalah, iaitu tidak faham akan
arahan yang diberikan. Semoga pemilik
lidah biawak ini sedar akan kekhilafan mereka dan tidak mencuba untuk membenarkan
yang salah mahupun menyalahkan yang benar.
*BAHASA
MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment