A: Nanti kita
buat macam ni ya tugasan kita?
B: Kita boleh cari
kaedah yang lain juga.
C: Ya, nanti
apabila cukup semua bahan, kita berbincang semula.
Pertemuan seterusnya.
A: Lihat, saya
sudah siapkan tugasan kita. Cantik tak?
B: Awak buat
seorang?
A: Ya, kan kita sudah
setuju untuk buat begini.
C: Tapi kan kita
sudah berjanji untuk berbincang dahulu dan membuatnya bersama-sama.
A: Oh, tak
mengapa. Saya rasa saya buat seorang pun sudah cukup.
B+C: ???
Ah, bekerjasama
dengan orang sebegini ada kalanya memudahkan. Mudah apabila kita tidak perlu
risau tentang apa-apa kerja kerana yakin sudah pasti dia akan melakukan kesemuanya.
Kadangkala merumitkan juga. Bagaimana jika apa yang dilaksanakannya itu tidak
bertepatan dengan arahan yang diberikan. Nescaya satu kumpulan akan menerima
nasibnya. Bukankah banyak kepala itu lebih baik daripada satu kepala? Maksudnya
perkongsian idea lebih baik daripada idea yang diperah secara berseorangan. Baiklah,
katakan sahaja tugasan kumpulan yang dilaksanakan oleh salah seorang ahli
kumpulan kita secara bersendirian tepat 100% dan diterima sepenuhnya oleh
penilai. Apakah nasib ahli-ahli kumpulan yang lain? Apakah pulangan buat mereka
dari sudut ilmu? Maknanya mereka hanya mendapat markah semata-mata, sebaliknya
ahli kumpulan yang melaksanakan secara berseorangan itu mendapat kedua-dua
manfaat, iaitu markah dan ilmu yang tidak ingin dikongsi bersama. Ingat, yang
penting ialah kerjasama,.
*BAHASA
MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT-PENERANG BAGI YANG GELAP*
No comments:
Post a Comment